![]() |
Guru Besar menyampaikan kata-kata aluan. |
Saturday, February 7, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SKPK KUANTAN SEKOLAH TERBAIK PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA 2015
v Meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran pejabat
v Meningkatkan kualiti pengurusan dan perlaksanaan kurikulum
v Meningkatkan kualiti pengurusan dan perlaksanaan kokurikulum
v Meningkatkan kualiti pengurusan hal ehwal murid serta perlaksanaan program bina insan
v Meningkatkan profesionalisme staff
v Mewujudkan iklim dan budaya bersih, sihat, selamat serta kondusif
v Mewujudkan hubungan erat dengan komuniti dan pelbagai agensi
Sejarah penubuhan sekolah ini bermula dengan pembukaan kelas khas percantuman di Sekolah Rendah Sultan Abdullah, di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan pada tahun 1962. Murid yang belajar di sekolah ini datang dari kawasan persekitaran Bandar Kuantan. Selang beberapa tahun bilangan murid semakin bertambah. Pada tahun 1982, asrama tuna pendengaran telah dibuka bagi menempatkan murid-murid yang datang dari kawasan yang jauh dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan.
Bilangan guru mula bertambah apabila berlaku pertambahan murid. Antara guru-guru yang pernah mengajar di kelas percantuman ini ialah Tuan Haji Jaafar bin Hussin, Hajah Mik @ Hasnah binti Arshad, Encik Abdul Razak bin Mohd Noh dan Encik Tan Seng Ann. Pada Julai 1988, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kuantan telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah dengan bermurah hati telah meminjamkan sebuah bangunan untuk Sekolah Pendidikan Khas Kuantan dan sekolah ini dibuka untuk murid tuna pendengaran. Bilangan murid ketika itu ialah seramai 45 orang dengan 5 orang guru.
Pada 16 Oktober 1999, SKPK Kuantan telah berpindah ke permis baru di Bandar Indera Mahkota 2. Jumlah murid pada tahun 2002 ialah seramai 109 orang dan seramai 72 orang tinggal di asrama. Bilangan guru ialah seramai 24 orang serta dibantu oleh 15 orang staf sokongan. Sekolah baru ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti blok pentadbiran, blok akademik, blok sokongan dan asrama. Kemudahan-kemudahan lain ialah memiliki sebuah bas dan sebuah van.
Seramai 6 orang guru besar telah diamanahkan untuk menerajui sekolah ini. Mereka terdiri daripada Tn.Hj.Malek bin Abd Majid, En.Mohd Dzafir bin Abd Hamid, Pn.Hj. Mik @ Hasnah bt Arshad, Tn.Hj.Jamaluddin bin Hj.Nong, Pn.Hj.Naemah bt Ali dan yang terbaharu ialah Pn.Kamariah binti M.Yusof.
Sekolah ini telah banyak mengharumkan namanya kerana telah memenangi Sekolah Harapan Negara, Johan Kebangsaan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan pada tahun 2003.Pada tahun-tahun berikutnya banyak kejayaan-kejayaan yang telah diperolehi sehingga berjaya meraih kejohanan sehingga keperingkat kebangsaan. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah kebanggaan kepada warganya.
0 comments:
Post a Comment